3 Oct 2015

My Artwork









Assalamulaikum.
sekarang dah jarang update meng'update' belog.
bukan taknak update.
tapi busy dengan assignment yg menimbun.
agak stress jugak lah.
tapi nak buat macam mana.
kehidupan student mana ada yg senang.
so, we just follow the flow.
aku nak cerita serba sedikit lah about course yg aku ambik sekarang ni.
bila orang dengar course 'multimedia' ,
mesti orang akan kata "alah. course biasa2 je ni. tak susah pun"
aku kata camtu sebab aku pernah fikir mcm tu. kah !
sekali kena kat diri sendiri, hambik kau. baru tahu mcm mana rasanya.
haaa ! jangan pandang rendah tau.
bukan senang course ni.
effort mesti ada. yang paling penting 'skills'.
kau ambik course ni, kau kena banyak tanya dgn sesiapa yg expert.
kalau survive sendiri tu boleh. tapi kau kena banyak explore lah.
kalau tak, terkial kial kau sorang2.







dekat atas tu semua artwork yang aku buat selama aku jadi student degree ni.
bukan senang nak buat semua tu.
tak cukup tido engkau tahuu !
sampai bengkak mata aku ni haa.
tapi takpelah. normal lah baru belajar.
mula2 rasa susah.
bila dah pandai, senang lah sikit kot. insya Allah :)
For those yg ada kawan course biasa2 ni kan,
jangan lah korang nak pandang hina or rendah lah ye.
belajar mana2 pun sama je.
tak semestinya kau belajar dekat universiti, kau akan dpt kerja bagus2.
rezeki tu semua Allah punya.
bergantung pada usaha masing masing lah kan.
okay lah gais. takleh story panjang2 sgt.
nanti korang bosan nak baca. hehe
goodbye uols xD
assalamualaikum :)