Saturday, 3 October 2015

My Artwork









Assalamulaikum.
sekarang dah jarang update meng'update' belog.
bukan taknak update.
tapi busy dengan assignment yg menimbun.
agak stress jugak lah.
tapi nak buat macam mana.
kehidupan student mana ada yg senang.
so, we just follow the flow.
aku nak cerita serba sedikit lah about course yg aku ambik sekarang ni.
bila orang dengar course 'multimedia' ,
mesti orang akan kata "alah. course biasa2 je ni. tak susah pun"
aku kata camtu sebab aku pernah fikir mcm tu. kah !
sekali kena kat diri sendiri, hambik kau. baru tahu mcm mana rasanya.
haaa ! jangan pandang rendah tau.
bukan senang course ni.
effort mesti ada. yang paling penting 'skills'.
kau ambik course ni, kau kena banyak tanya dgn sesiapa yg expert.
kalau survive sendiri tu boleh. tapi kau kena banyak explore lah.
kalau tak, terkial kial kau sorang2.







dekat atas tu semua artwork yang aku buat selama aku jadi student degree ni.
bukan senang nak buat semua tu.
tak cukup tido engkau tahuu !
sampai bengkak mata aku ni haa.
tapi takpelah. normal lah baru belajar.
mula2 rasa susah.
bila dah pandai, senang lah sikit kot. insya Allah :)
For those yg ada kawan course biasa2 ni kan,
jangan lah korang nak pandang hina or rendah lah ye.
belajar mana2 pun sama je.
tak semestinya kau belajar dekat universiti, kau akan dpt kerja bagus2.
rezeki tu semua Allah punya.
bergantung pada usaha masing masing lah kan.
okay lah gais. takleh story panjang2 sgt.
nanti korang bosan nak baca. hehe
goodbye uols xD
assalamualaikum :)

Monday, 14 September 2015

Degree in multimedia computing


Hi Assalamualaikum !
nak cite pasal dah sambung belajar ni. 
sambung belajar di kolej je.
kptm ipoh.
jadilah kan dari tak sambung belajar hm.
nampak tak kehapian disitu ? terserlah kan ?
haha of course laa.
dalam kelas semua sporting. I loike :*
tiada racist.
kat sini aku ambik course multimedia computing.
also collaboration with coventry university, uk.



happy kan kat situ ? haha
ini lah pelajar perempuan degree year one.
always together tak kira ke mana. 
semoga friend until jannah. insya Allah :)
hope korang boleh bantu aku ketika aku jatuh.
sama sama kita bantu antara satu sama lain .
kipidap don gibab guys :)

Wednesday, 12 August 2015

Feeling down :/

 

Assalamualaikum gais :)
dah lama tak menjengah blog ni. 
sekian lama jugak tek meng'update'
busy dengan kehidupan sendiri lah kan. haha jk

perasaan yg aku alami sekarang ni sedih tak terkata.
aku memang dah lama agak yg aku takkan dpt upu.
and finally memang aku tak dapat pun :'(
actually, tak kesah pun.
tapi mulut orang kita bukan boleh tutup.
aku yang tukang nak menjawab ni pun malu dgn diri sendiri and semua org.
parents aku pun confirm malu jugak. em
manusia sekeliling confirm punya akan expect benda yg negatif.
itu takkan boleh lari dari perbualan org.
"eh tu mesti result dia teruk kan dulu"
"mesti dia malas belajar tu"
"tulah dulu org lain nak masuk matrik, kau pun nak masuk jugak"
 biasalah tu mulut manusia.
sentiasa ada yg tak kena dgn something yg kita punya.
redha jelah :')

kena fikir jugak.
setiap apa yg Allah bagi tu semuanya ujian.
kalau Allah bagi, kira rezeki.
kita perlulah bersyukur.
kalau tak dapat, means Allah nak kita sentiasa dekat dengan Dia and selalu berdoa :')

Salah satu puncanya jugak.
I think laa.. maybe muet aku tu terpesong sikit.
I mean, terpesong 'banyak' haha
whatever lah.
dah takde rezeki aku utk kali ni.
maybe banyak dosa yg aku tanggung kot.
sampai ujian utk kali ni agak berat sikit. hm

aku tak kesah pun kalau tak dpt.
but, dalam hati ni serabut fikir parents, sedara mara, kawan2 and etc..
org sekeliling mmg expect aku ni dapat lah kan.
thats why semua tanya bertalu talu.
fikir lah jugak gais.
belum tentu kita semua dapat.
tak perlulah terus terjah whatsapp aku and terus tanya ..
"weh dapat mana?"
Ya Allah, serious pilu gila hati bila dpt whatsapp yg mcm tu.
dulu time spm, boleh lg laa jwb kalau tak dpt pun.
ni degree siaa. siapa je tak malu bila lepasan matrik tak dpt U ?

hmm. feeling down right now.
bukan rezeki kau utk kali ni fatin.
moga tabah menempuh dugaan :')